Tuesday 31 December 2013

2014..Tahun Baru Azam Baru

Diam x diam da masuk tahun baru...
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah yg Maha Esa kerana masih lagi memberi peluang kepada hambanya ini utk meneruskan perjuangan sebagai khalifahnya di muka bumi. Ya..aku tahu aku bukanlah org yg kuat iman dan jelas dlm agama. Aku masih lagi berdikit2 menuju ke jalanMu ya Allah.

Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Tetapkanlah iman ku serta keturunanku kepada agama nabi Muhammad SAW. Permudahkanlah urusanku sepanjang hayatku di dunia dan di akhirat. Jauhilah keturunanku drpd segala perkara kejahatan dan kecelakaan serta kemunkaranMu Ya Allah...

Ya Allah...kurniakanlah kesihatan yang baik kepadaku serta keturunanku...limpah ruahkanlah rezeki buatku serta keturunanku...berilah kekuatan kepadaku untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran yg telah engkau tetapkan bagiku agar aku dapat sentiasa dekat denganMu ya Allah.

Moga Allah mendengar dan memaqbulkan segala doaku..

Azam tahun ini..In shaa Allah ingin menjadi manusia yg lebih baik drpd sblm ini. Menjadi isteri dan ibu  dan anak yg mithali. Boleh membantu suami dan membesarkan anak dengan baik dan sempurna di samping memberi kasih sayang yg adil dan harmoni buat seluruh kaum keluargaku.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga utk membuka semula perniagaan atas talian ku.

Jika ini adalah jalan yg telah ditentukan olehMu, aku terima dengan hati yg terbuka dan penuh rasa syukur. Sudah sekian lama aku di belenggu masalah punyai pendidikan yg tinggi tapi tidak dapat digunakan kelebihan yg ada. Ramai yg memperlekeh usaha seorg suri rumah sepenuh masa. Tetapi hanya mereka yg benar2 berada dalam situasi ini yg memahami hati seorang suri rumah tangga yg sederhana.

2014 akan menjadi tahun yg penuh dengan tenaga2 yg positif dan konstruktif bagi ku serta seluruh keluarga ku. Semoga allah memberi ruang dan jalan bagi ku utk menempuhi masa yg akan datang ini...panjangkanlah umur ku dan kurniakanlah kesiatan yg baik sepanjang tahun.

Azam tahun baru:
- nak jadi ibu yg lebih prihatin dan bertanggungjawab
- nak jadi isteri yg solehah
- nak bangun awal
- nak mula balik bisnes
- nak cuti2 malaysia
- nak happy2 lawat beijing
- nak lancar aktiviti ke vietnam
- nak jaga hubungan dgn keluarga dan suami
- nak cantikkan rumah
- nak menabung beli rumah n kereta
- nak mengandung lepas raya

*fuhh bnyknye nak...

Wednesday 18 December 2013

Biscake Nestum Cheese

Alhamdulillah...sempat jugak aku buat biscake lg...hahah...everyweek ada saje yg aku buat...
Ni pon kira menghabiskan bahan di dapur jgk. Xelok kan membazir...drpd membazir buang..baik berkretiviti buat sesuatu yg boleh d makan.

Okay..ni pasal nestum Hani Arissa tu tahun depan nak expired..tp dia xsuke mkn..bli dulu sb nak bwa g travel ke langkawi mase hani 7bulan..kang lapa pulak anakku. Tp dia xmo sgt consume benda tu..dia mkn sikit je. Xpelah..bg jela susu badanku yg sihat lagi mengenyangkan anakku yg 7 bulan dan saiz bdn pon kecil itu..

Now hani da 10bln..so nestum tu terperap je gitu..tgk blog kakak2 yg masak2 bg resepi..ada pulak yg letak nestum ni..dia ckp..dia pon nak elak pembaziran. Huhu.

Okay ini la Biscake Nestum Cheese yg sy cube2 olah drpd resepi kakak2 belog lain.

Bahan2 dan cara2 penyediaan:

Biskut cream crackers hup seng
Air horlick/susu segar
》》rendam biskut dlm air tu utk melembabkan dia. Bkn melunyaikan dia ye..skejap je rendam.
》》susun biskut cecantik dlm bekas

200ml tin susu pekat manis* sy xske mns sgt ada org letak half tin or full tin..eiii manis sgt ar.
200g cream cheese
》》blend*/pukul rata both bg sebati
》》sapu rata cream ke atas biskut yg telah d susun td

Nestum/oat/milo
》》tabur dan ratakan di atas layer cream td

》》buat la beberapa layer yg korang suke..saye buat 3 layer of biscuit...ikot la saiz bekas korang ye

》》last layer after spread the cheese..tabur milo sesikit bg nak nampak berseri sket..huhu...drpd putih je..kan. boleh la nak campak ape pon bg cntik. Siap!

》》Simpan dlm peti ais bhgian bawah..4 / 5 jam d boleh makan. In shaa allah..

Thursday 12 December 2013

Craving for Chocolate and Cheese

Haaa ini salah satu simptom PMS!! Ahahahah! (^_^)
Nak makan aje kejenye...lagi2 yang manis2 dan masin2.

Mgu ni 2 dessert berasaskan cheese, chocolate dan biskut yang telah aku manipulasikan resepi2 orang lain. Hahaha!

Oleh kerana rumah aku tak ada microwave lagi....
So biscake macam ni jelah yang aku boleh hasilkan selain mengukus..pengukus kecil ada..mak bagi sebagai menggalakkan aku membuat kuih talam @ kuih loyang* (term aku yg d gelakkan mak mertua) ...hihi..nasibla janji paham.

Ini adalah resepi cube jaye aku...ikut tekak aku jugak..
Kalau nak try silalah..

Dessert 1 : Biscake Chocolate oat krunch cheese

Bahan-bahan utk 1-2org mkn
•1st layer
5packet oat krunch kecil
3sb butter
50ml susu pekat manis* ikut sape ske manis
》blend semua bahan di atas ..klo ada penguli tu gunala
Then masuk dlm bekas

•2nd layer
3pcs Cheesedale/creamcheese
20ml susu pekat manis
》cairkan cheese gune teknik double boiled* (panaskan kuali dgn air then letak magkuk kaca tahan panas atasnye.. letak cheese dan susu..cairkan sampai sebati..cepat2 masukan dlm bekas 1st layer td.

》simpan dlm peti ais lavel bawah je..2 3 jam da boleh makan..nyums!!!

*kalau salah tlg betulkan cari kat google huhu

Desset 2 : Biscake batik cheese

Bahan2 utk sebekas kecil

Separuh packet biskut cream crecker/marrie
Separuh packet milo kecik
Separuh butter
Suku tin susu cair
3 pcs cheesedale
1penutup perisa vanila..utk bau harum

》hancurkan biskut..patah empat
》racik cheesedale
》panaskan kuali..masukkan butter sampai cair
》masukkan susu dan milo kacau lelaju jgn bg berketul
》masukkan perisa vanila klau xnk xpe
》masukkan biskut gaul rata
》tabur cheese dan gaul rata
》Tutup api..masukkan bahan ke dalam bekas dan ratakan rapi2..tekan2 bagi mampat.
》masuk peti ais 4 5 jam da boleh makan elok. Nyum!



Aku seorang beginner level 1

Saya seorang suri rumah tangga yang memang tak ada basic memasak langsung...kire beginner la..level 1..huhu.. even dekat dapur pon tak cukup lagi barang kelengakapan untuk masak.

Mana taknye..sebelum kawin belajar je..pastu duduk hostel. Makan kat luar..habis je belajar dan praktikal..terus en. Suami meminang... dan dan..bunting..mmm biasalah mengandung tu kemalasan menjadi-jadi..pening aje kalau berdiri lama. So..suami ku yg penyayang sering beli lauk..aku hanya masak nasi. Kadang2 goreng drummet yg d luarnya hampir hangit dan di dalamnya masih merah..errkkk* truk kan. G umah mertua pon masak nudget nak2 hangit. Buat maluuu je. Tolong kenduri pon banyak soal..mak cane nak potong ni..pastu..pastu..pastu...kirenye..xsenang duduk mak or mak mertua aku. Harap blaja je ke unuversiti. Memasak hampesss!

Lepas bersalin dan selesai berpantang...suami membuat keputusan untuk berdiri atas kaki sendiri. Kalau tidak..selama ni..aku duduk rumah mak aku di KL..sementara si suami kerja di Lumut dan sekitar wilayah utara. Kami jumpa hujung minggu. Di mana suami ku bawa ku pulang ke rumah kami sendiri di puchong. Ulang-alik la tiap minggu begitu. Sehingga my baby Hani Arissa sudah 4bulan. Kiranya..aku sudah kuat laa untuk buat segala kerja rumah. So duduk sendiri..masak sendiri..semua sendirian berhad. Sementara suami hanya pulang hujung minggu.

Dari itulah aku berdikit-dikit belajar masak sendiri dengan sedikit bantuan mrs.google.. nampak x..berdikari sgt..xnk call mak pon utk belajar basic masak. Hahaha! Tau2 je upload gambar kat whatsapp mak..haha! Barulah mak bangga kan...tp selalunya eksperimen akan berlaku 2 3 kali baru jadi sedap. Banyak kali jugak membaziaq!! Yg menjadi je bagi kat suami rasa..yang tak menjadi..khatam dlm tong sampah. Suami ku pon sejenis cerewet jugak. Hahaha! Kalau dia tgk pelik je rupa..mmg dia xnak jamah langsung ok!. Kalo ala2 ok baru dia jamah..sedap ke tak sedap ke..dia jujur..dengan bersopan ckp dengan skala yg aku faham..

0☆taknak rasa langsung
1☆boleh laaaa...
2☆ok laaaa...
3☆ok....
4☆sedap...
5☆.....blom lagi..haaha!

Sopankan..xde pon cakap xsedap walaupon ayam hangit dan mentah. Hahaha..alhandulillah.

Baby ku selesema

Hm..semenjak musim hujan ni.. Hani Arissa kerap kali dapat selesema. Boleh dikatakan setiap minggu. Paling teruk ialah sekali dengan demam yg sangat panas..menangis teruk sewaktu tido..sebab tak boleh bernafas..badan tak selesa lagi..hm kesian budak kecik. Menangis ajelah yang dia tahu.

Sebagai seorang ibu baru setahun jagung..oh tak sampai setahun lagi..10bulan je..saya juga tak lari daripada masalah stress dan kelam kabut. Itu memang salah satu sifat saya bila orang tersayang tak sihat.

Kali ini saya sudah bersedia sedikit sebanyak keperluan utk membasmi penyakit selesema bayi yang sering berlarutan di musim hujan ni.

Saya sediakan :
1. Minyak kayu putih (titiskan dlm mandian suam)
2. Vicks baby balsam (utk sapuan dada)
3. Krim kayu putih (sapuan d hidung n kening)
4. Penyedut mukus (pump manual)
5. Kain sapu lembut n lembab
6. Sleepsuit fleece (sb my baby xske pkai slimut)
7. Ubat cairkan mukus (pump in for baby)
8. Ubat cairkan kahak (minum)
9. Ubat selesema (jika terlalu teruk br bagi)*

Macam-macam petua alami yg rakan2 keluarga kongsi untuk di cuba seperti:

1. Sapukan sedikit kunyit hidup di atas batang hidung anak
2. Hidukan anak dengan limau nipis
3. Baringkan anak mengiring dan berbantal
4. Bukakan sedikit mulut bayi sbg bantuan pernafasan

Saya cuba juga beberapa petua demi kesihatan anak.
Semoga cepat sembuh ye anak ibu.

Thursday 5 December 2013

Hari menghabiskan bahan mentah di dapurku

Hari Khamis..hidup dengan cara suami isteri hujung minggu agak menjadikan hidup aku sedikit kosong. Namun masih bersyukur kerana di kurniakan anak sejurus shj selepas berkahwin. Bunting pelamin katanya...

Ok nak cerita lain sbnrnye..tetibe mukaddimah panjang.

Khamis ialah hari terakhir dalam setiap minggu di mana aku akan hidup seperti bujang yg ada anak.. Eh boleh ke camtu?? Lantak la.
So..kemalasan adalah tidak boleh ye pada hari khamis..sb...
Mungkin mr.hubby akan balik hari ni or esok (jumaat) .. So..kene kemas umah dan segalanya..termasuk lauk pauk. Kene habiskan la..sb suami mmg da blikan lauk utk seminggu trus. So aku xyah sesusah kuar umah cari barang dapur. Fokus jaga anak n diri jela.

Harini sebab nak abiskan lauk..nth pape je aku masak.

Lunch : Spaghetti Pedas dgn Peha Ayam Blackpapper Grill dgn Potato dan Carrot.

Minum petang : Pengat ubi keledek dgn chacha

Malam : Mee maggi Champak (nak masak mee kuning actually..tp mee da rosak letak dlm fridge bhgian sayur. Tp xtutup)

Tuesday 3 December 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum... Gambar ni sewaktu Hani Arissa 7 bulan. Kami jalan-jalan pegi Langkawi.